Acuan yang digunakan ialah tray 104 lubang. Penuhkan dan ratakan dengan peat-moss. Tak perlu mampatkan peat-moss tersebut untuk pengudaraan.
Aturkan benih 1:1, maknanya setiap lubang hanya 1 benih. Setelah setiap lubang diisi, barulah tekan biji kedalam lubang dalam 2 ke 3mm dan tutupkan dengan peat-moss. Untuk membantu proses percambahan, tutupkan dengan plastik dsb supaya gelap dan kelembapan dapat dikekalkan. Lakukan siraman 2x sebelah pagi dan 2x sebelah petang setiap hari.
Gunakan benih terbaik dari "F1-hybrid" untuk hasil dan kualiti bermutu. Harga benih biasanya dalam RM90.00 bagi 20 gram sekitar 1400 biji sepeket.
Custom Search
Wednesday, May 21, 2008
Teknik Semaian
Posted by superviperking@gmail.com at 12:33 AM
Labels: projek cili fertigasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment