1) Racun
Gunakan bahan racun sekurang-kurangnya 3 jenis pada setiap masa. Pastikan stok racun minima anda ada 4 jenis untuk dan gunakan secara giliran. Contohnya jenis A, B, C dan D. Semburan racun pertama mestilah dari campuran A+B+C. Semburan ke-dua B+C+D. Ke-tiga C+D+A dan seterusnya. Pastikan racun yang dibeli boleh dicampur dengan racun lain. Sila rujuk label.
2) Masa semburan
Masa semburan mestilah berbeza. Sekiranya semburan pertama pada sebelah pagi, maka yang ke-2 mestilah petang atau malam.
3) Alat meracun
Alat semburan mestilah yang sesuai. Dinasihatkan agar menggunakan "power sprayer". Pam biasa juga boleh tapi ianya meletihkan. Apa salahnya cuba melabur sedikit untuk pam yang baik.
Nota: pastikan anda menggunakan "mask" untuk mengelakkan bau racun yang kuat. Sekiranya terkena badan sila rawat dengan segera seperti arahan. Jangan pandang mudah terhadap keselamatan anda.
Masa semburan berbeza serta menggunakan jenis racun berlainan untuk mengelakkan serangga "immune" pada racun tersebut.
Thursday, June 12, 2008
Tips meracun
Posted by superviperking@gmail.com at 10:52 PM 0 comments
Labels: Penyakit Cili
Jenis Penyakit
Apakah penyakit pokok cili?
Kebanyakan orang hanya bertanyakan berapa modal dan berapa untung boleh dapat dari projek cili ni. Tak ramai yang berminat nak tau apa jenis penyakit yang mungkin dihadapi.
Secara ringkasnya penyakit yang mungkin berlaku adalah daripada serangan serangga seperti kutu trip dan hamama. Penyakit ni adalah "common". Susah nak elak. Bagaimanapun jika anda mengamalkan kawalan serangga yang sistematik, maka penyakit ini akan dapat dikawal. Racun yang digunakan mestilah yang baik dan berkesan. Cuba tanya orang2 yang sudah lama mengusahakan projek ini tak kiralah samada secara tradisional atau pun moden. Tentu mereka boleh jawab.
Terdapat banyak racun yang kuat dan terbukti berkesan untuk mengawal serangan serangga ini antaranya ialah Ortus, Confidor, Reagent dan Mitac. Pastikan anda mempunyai 2 jenis racun untuk hamama dan kutu trip.
Serangga lain seperti bena, lalat buah dan lain2 juga perlu ada.
Penyakit lain seperti kulat (fungus) tidak begitu serius. Bagaimanapun masih perlu.
Gambar2 tentang penyakit akan saya upload kemudian.
Posted by superviperking@gmail.com at 10:37 PM 0 comments
Labels: Penyakit Cili