Technorati Profile
Custom Search

Thursday, June 12, 2008

Tips meracun

1) Racun

Gunakan bahan racun sekurang-kurangnya 3 jenis pada setiap masa. Pastikan stok racun minima anda ada 4 jenis untuk dan gunakan secara giliran. Contohnya jenis A, B, C dan D. Semburan racun pertama mestilah dari campuran A+B+C. Semburan ke-dua B+C+D. Ke-tiga C+D+A dan seterusnya. Pastikan racun yang dibeli boleh dicampur dengan racun lain. Sila rujuk label.

2) Masa semburan

Masa semburan mestilah berbeza. Sekiranya semburan pertama pada sebelah pagi, maka yang ke-2 mestilah petang atau malam.

3) Alat meracun

Alat semburan mestilah yang sesuai. Dinasihatkan agar menggunakan "power sprayer". Pam biasa juga boleh tapi ianya meletihkan. Apa salahnya cuba melabur sedikit untuk pam yang baik.

Nota: pastikan anda menggunakan "mask" untuk mengelakkan bau racun yang kuat. Sekiranya terkena badan sila rawat dengan segera seperti arahan. Jangan pandang mudah terhadap keselamatan anda.

Masa semburan berbeza serta menggunakan jenis racun berlainan untuk mengelakkan serangga "immune" pada racun tersebut.

0 comments:

Get a paypal acc free

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.