Technorati Profile
Custom Search

Saturday, June 14, 2008

Indek Cili Matang

Bagaimana nak tau cili dah matang ke tidak? Ramai yang tak tahu bagaimana nak membezakan atau mengenal pasti samada cili yang ditanam dah masak ke tidak. Senang je, rujuk rajah ni.

Thursday, June 12, 2008

Tips meracun

1) Racun

Gunakan bahan racun sekurang-kurangnya 3 jenis pada setiap masa. Pastikan stok racun minima anda ada 4 jenis untuk dan gunakan secara giliran. Contohnya jenis A, B, C dan D. Semburan racun pertama mestilah dari campuran A+B+C. Semburan ke-dua B+C+D. Ke-tiga C+D+A dan seterusnya. Pastikan racun yang dibeli boleh dicampur dengan racun lain. Sila rujuk label.

2) Masa semburan

Masa semburan mestilah berbeza. Sekiranya semburan pertama pada sebelah pagi, maka yang ke-2 mestilah petang atau malam.

3) Alat meracun

Alat semburan mestilah yang sesuai. Dinasihatkan agar menggunakan "power sprayer". Pam biasa juga boleh tapi ianya meletihkan. Apa salahnya cuba melabur sedikit untuk pam yang baik.

Nota: pastikan anda menggunakan "mask" untuk mengelakkan bau racun yang kuat. Sekiranya terkena badan sila rawat dengan segera seperti arahan. Jangan pandang mudah terhadap keselamatan anda.

Masa semburan berbeza serta menggunakan jenis racun berlainan untuk mengelakkan serangga "immune" pada racun tersebut.

Jenis Penyakit

Apakah penyakit pokok cili?

Kebanyakan orang hanya bertanyakan berapa modal dan berapa untung boleh dapat dari projek cili ni. Tak ramai yang berminat nak tau apa jenis penyakit yang mungkin dihadapi.

Secara ringkasnya penyakit yang mungkin berlaku adalah daripada serangan serangga seperti kutu trip dan hamama. Penyakit ni adalah "common". Susah nak elak. Bagaimanapun jika anda mengamalkan kawalan serangga yang sistematik, maka penyakit ini akan dapat dikawal. Racun yang digunakan mestilah yang baik dan berkesan. Cuba tanya orang2 yang sudah lama mengusahakan projek ini tak kiralah samada secara tradisional atau pun moden. Tentu mereka boleh jawab.

Terdapat banyak racun yang kuat dan terbukti berkesan untuk mengawal serangan serangga ini antaranya ialah Ortus, Confidor, Reagent dan Mitac. Pastikan anda mempunyai 2 jenis racun untuk hamama dan kutu trip.

Serangga lain seperti bena, lalat buah dan lain2 juga perlu ada.

Penyakit lain seperti kulat (fungus) tidak begitu serius. Bagaimanapun masih perlu.

Gambar2 tentang penyakit akan saya upload kemudian.

Tuesday, June 10, 2008

Kursus Asas Fertigasi

I received a call this morning asking for a fertigation course. As for your information, there is a basic course held by us in Selangor.

To those who is interested to join the course, please email me at superviperking@gmail.com or call me at the no below. I will make sure that you will get a sit for the course.

The course is good to get a better exposure and knowledge prior to start your own fertigation project like me. The great things is that it will be held during weekend. So to those who are working, there is no need for you to apply for leave cos it is on weekend. The fee is around RM400 only.

One more thing, since the sit is limited, we will go for 1st come 1st serve basis. Menuntut ilmu adalah fardu kifayah bagi umat Islam.

The next course date is 5 & 6 July 2008.

ringkasan dalam B.Malaysia

Kami ada menganjurkan kursus asas fertigasi di Selangor pada setiap bulan pada minggu pertama di hujung minggu (Sabtu & Ahad). Yuran kursus dalam RM400. Kepada yang berminat sila hubungi superviperking@gmail.com atau telefon saya. Kursus perlu untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu sebelum memulakan projek fertigasi sendiri seperti saya.

Kursus terdekat pada 5 & 6 Julai 2008.

Thursday, June 5, 2008

silvershine

Biasanya pengusaha fertigasi akan menggunakan plastic silvershine sebagai tutup bumi atau alas lantai. Saya cuba mendapatkan alternatif untuk menjimatkan kos. Hasilnya projek Temin menggunakan guni padi terpakai. Kos guni lebih murah sekitar RM0.08 sen sekaki persegi Nampak macam sikitkan? Tapi bila dikalikan dengan luas keseluruhan 8000 kaki persegi, saudara boleh tahan...

Maklumlah, baru start projek. So, memang nak kena cut cost. Kelemahan silvershine pula, senang koyak. Kos lantai dalam RM650. Kalau guna silvershine kos akan doubled.

Bagaimanapun guni ni ada kelemahannya. Drainage system must be good to keep the floor dry. Guni basah senang koyak.

Tuesday, June 3, 2008

A week after transplant

Plants after 7 days in plant house
Close-up photo of plants at the age of 7 days

7 days after transplant (01 Jan 08), it was almost 1 ft high. So far so good. Looks very healthy. With fertigation system, nutrients will be injected direct to the roots. Fertilizer will be utilized most to prevent wastages.

Sunday, June 1, 2008

Musim menuai



Banyak sangat nak cerita pasal projek ni tapi masa limited. Sekarang projek cili fertigasi ni dah sampai musim menuai. Sebenarnya mula tuai (harvest) pada minggu ke-4 bulan April 2008. Sekarang dah masuk bulan Jun-08. Dah banyak kali tuai sebenarnya.

Ni gambar terbaru as at 1-6-08. Cuba tengok buah yang merah tu. Gambar ni ambik masa dok mengutip buah hari ni. Teringat pula nak letak kat blog supaya korang boleh tengok. Hari ni punya hasil dalam 80kg sahaja dan buah pula semakin mengecil. Rupa-rupanya semakin ke atas semakin kecil saiz buahnya. Tak pe, rezeki juga ni kan.

Amacam, menarik tak gambar ni? Sorry, I'm not a professional photographer. Gambar ni pun ambik guna camera fon nokia 6120 classic sahaja. Janji boleh tengok kan!!!

Get a paypal acc free

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.